SELAMAT DATANG

Saudara/saudari yang dikasihi sekalian,


Selamat bertemu di gerbang blog FAJARSOLEH. FAJARSOLEH memberi ruang kepada semua pelawat mengemukakan pendapat dan pandangan mengenai apa yang berlaku di sekeliling kita, khususnya berkaitan isu-isu kekeluargaan, kemasyarakatan, kemanusiaan dan keagamaan. Semoga kita dapat menggunakan ruang blog ini untuk memberi manfaat ke arah kesejahteraan ummah dan keredhaan Allah.

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Salam untuk semua,

Selamat tahun baru 2010.
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya kita masih bernafas menyedut udara tahun baru 2010 ini.

Ramai di kalangan saudara-mara dan rakan-taulan kita yang telah sampai ke penghujung jalan kehidupan yang sementara ini, mendahului kita, menemui Allah SWT.

Bersamalah kita mendoakan agar Allah memberikan keampunan atas segala dosa mereka dan roh mereka mendapat kerahmatan dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Andai kata semasa hayat mereka, ada kesilapan dan kesalahan yang mereka lakukan terhadap kita, tuluskanlah hati kita untuk memaafkan mereka. Andai kata ada hutang yang tidak sempat mereka membayarnya, ikhlaskanlah hati kita untuk menghalalkannya. Sesungguhnya biarlah pemergian mereka menemui Penciptanya dalam keadaan aman tanpa terhalang oleh dosa sesama manusia.

Sempena tahun baru ini juga, bersamalah kita berdoakan agar Allah memberi kekuatan kepada kita semua, makhluk ciptaaanNya yang lemah ini, untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran. Moga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah serta diberkan keberkatan umur dan rezeki. Syukran, Kullu sanad wa enta fi khair..Nas'alullah an yahdina bi taufiq wannajah fi 'ammil jadid..Amin.

1 comment:

  1. Encik,kami amat berminat dengan apa yang encik catatkan dalam blog ini, tetapi kami harap encik tidak samalah dengan blogger yang lain,yang cakap dia tidak serupa bikin, kalau ada yang terhutang tu kenalah halalkan dan kalau sekarang hendak dihutangi kenalah bersedia untuk menghalalkan. Keikhlasan tu penting, betulkan encik.

    ReplyDelete